Biografi SM Faisal SM Nasimuddin

Dilahirkan pada 10 Oktober 1979 dan merupakan anak sulung daripada lima beradik. Mendapat pendidikan di Kolej Marymount pada tahun 1997 - 2000. Kemudian meneruskan pelajarannya di Universiti Richmond pada tahun 2000 hingga 2003. Di samping itu beliau turut mengikuti Owner President Management Program (OPRM) pada tahun 2010.

Merupakan Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza bermula dari tahun 2008 serta Pengasas dan Pengarah Urusan Eftra Holdings Sdn Bhd sejak tahun 2009.